Sunday, January 18, 2009

Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun kelayakan pinjaman perumahan adalah dipinda seperti berikut:-

Bil Gaji Bulanan Hakiki (RM) Kelayakan Pinjaman (RM)
1. 3500 dan ke atas 360,000
2. 3000 ke 3499 300,000
3. 2500 ke 2999 264,000
4. 2000 ke 2499 240,000
5. 1500 ke 1999 192,000
6. 1200 ke 1499 156,000
7. 1000 ke 1199 120,000
8. 800 ke 999 96,000
9. 600 ke 799 72,000
10. 599 dan ke bawah 48,000


Tarikh Berkuatkuasa Mulai September 2006


1. Syarat-Syarat Asas

Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap

Warganegara Malaysia

Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan

Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun

Telah disahkan dalam jawatan

Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

2. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA

Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V ) tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

(i) Kelayakan pinjaman harta kedua adalah seperti berikut:-

(a) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen yang akan diterima

Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-

1 _ X Gaji pokok semasa X 300 bulan. 600

(b) Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum kepada KWSP.

Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.

(ii) Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )

(iii) Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur persaraan wajib.

(iv) Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun

(v) Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.

(vi) Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah 4% setahun.

(vii) Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen sahaja.

(viii) Borang setuju terima pinjaman hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.

(ix) Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

3. Syarat-Syarat Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah

SYARAT-SYARAT PINJAMAN PEMBIAYAANBAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH

(i) Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.

(ii)Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.

(iii)Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman / pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman / pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.

(iv)Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

(v)Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.

(vi)Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25 tahun.

(vii)Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat sebelum tarikh umur persaraan wajib.

(viii)Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).

(ix)Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.

(x) Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.

(xi) Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada Kerajaan Malaysia.

(xii) Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.

(xiii) Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.

(xiv) Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.

(xv) Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.

(xvi) Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP

(xvii) Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.

4.Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Strata

SYARAT - SYARAT TAMBAHAN BAGI PEMBELIAN HARTA YANG BELUM MEMPUNYAI HAKMILIK STRATA DI PASARAN SEKUNDER DARIPADA INDIVIDU (PENJUAL KEDUA)


(i) Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


(ii) Rumah telah siap 100%


(iii) Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 3 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)


(iv) Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama


(v) Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli


(vi) Hakmilik bebas dari sebarang kaveat persendirian


(vii) Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5A)


(viii) Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)


(ix) Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum mempunyai Hakmilik Strata (Borang 6A) )


(x) Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian



Nota :

Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman Jenis I.


5. Syarat Asas Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan


(i) Tiada tunggakan bayaran balik.


(ii) Pembelian tanah adalah berdasarkan Pekeliling yang sedia ada.


(iii) Salinan borang opsyen untuk lanjut tempoh perkhidmatan daripada 56 tahun ke 58 tahun.


(iv) Salinan borang opsyen bagi yang memilih pertukaran skim KWSP ke skim Pencen.


(v) Sekiranya permohonan lanjut tempoh pinjaman melibatkan amaun tambahan melebihi RM 5,000 (seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran baru), peminjam perlu melantik peguam untuk Akujanji urusan Gadaian/Assignment. Segala kos yang berkaitan bagi urusan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh peminjam.


(vi) Sekiranya pembatalan dibuat setelah peminjam bersetuju menerima tawaran lanjut tempoh, segala bayaran yang telah dikeluarkan hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan.


6. Jeni s-Jenis Pinjaman /Pembiayaan



JENIS I : BELI RUMAH SIAP JENIS II : BELI RUMAH ATAS TANAH SENDIRI JENIS III : BELI RUMAH DALAM PEMBINAAN JENIS IV : BELI TANAH JENIS V : SELESAI PINJAMAN/PEMBIAYAAN PERUMAHAN DARI BANK @ INSTITUSI KEWANGAN JENIS VI : KOMBINASI PINJAMAN JENIS IV & JENIS II / KOMBINASI PINJAMAN JENIS V & JENIS II JENIS VII : PINJAMAN BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH SENDIRI YANG DAHULUNYA DIBIAYAI DENGAN PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN PINJAMAN UNTUK HARTA KEDUA


7. Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan

Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan

Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994

Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.

Wednesday, January 14, 2009

KADAR ELAUN UNITED NATION UNIFIL


Seseorang akan dibayar dengan kadar seperti berikut:

1. Elaun Misi = USD 1028.00 sebulan
2. Elaun Pakar = USD 303.00 sebulan utk 10% kekuatan
contoh USD 303 X ( 10% X 230 orang)
= USD 303 X 23 org
= USD 6,969
= USD 6,069/230 org
= USD 30.30 seorang akan dapat
3. Elaun Harian = USD 1.28 sehari
4. Elaun Cuti = USD 10.50 X 7 hari ( untuk 6 bulan) untuk 9 bulan + lagi 3.5 hari
= USD 10.50 X 10.5 hari
= USD 110.25

HISTORY OF MALAYSIA RINGGIT


On June 12, 1967, the Malaysian dollar, issued by the new central bank, Bank Negara Malaysia, replaced the Malaya and British Borneo dollar at par. The new currency retained all denominations of its predecessor except the $10,000 denomination, and also brought over the colour schemes of the old dollar. Over the course of the following decades, minor changes were made on the notes and coins issued, from the introduction of the M$1 coin in 1967, to the demonetisation of M$500 and M$1000 notes during the 1990s.

The use of the dollar sign "$" (or "M$") was not replaced by "RM" (Ringgit Malaysia) until the 1990s, though internationally "MYR" (MY being the country code for Malaysia) is more widely used.